UtamaTips & PanduanMeter TNB Baru
Panduan Meter Baru

Cara Mohon Meter TNB Masuk Baru Untuk Rumah & Kedai

Rumah siap dibina tak bermakna elektrik automatik tersedia. Ini yang selalunya buat ramai pemilik rumah terlewat berpindah masuk.

Ramai anggap bila rumah siap dibina, bekalan elektrik terus tersedia. Sebenarnya, sebelum meter TNB boleh dipasang dan diaktifkan, beberapa proses perlu diselesaikan dulu — dan inilah yang sering sebabkan kelewatan bila tiba masa nak berpindah masuk.

Senarai Semak Sebelum Mohon

  • Sistem elektrik dalaman telah siap
  • Meter position sudah disediakan
  • Distribution Board (DB) sudah dipasang
  • D-hook sudah dipasang (untuk gantung kabel servis TNB)
  • Dokumen lengkap mengikut jenis premis

Bila Anda Perlu Mohon Meter TNB Baru?

  • Rumah baharu siap dibina — teres, semi-D, banglo atau rumah berkembar
  • Banglo baharu di atas tanah persendirian yang belum pernah ada bekalan
  • Lot kedai baharu yang belum mula operasi
  • Mana-mana bangunan yang tidak pernah mempunyai meter aktif

Syarat Kelayakan

Untuk premis baru yang tidak pernah ada meter, permohonan wajib melalui kontraktor elektrik — tidak boleh buat sendiri secara online. Premis perlu siap sekurang-kurangnya 80%, dengan wiring DB dan papan meter sudah siap.

5 Langkah Proses Permohonan

  1. Pemeriksaan tapak — nilai lokasi meter, laluan kabel dan keadaan sistem elektrik dalaman.
  2. Penyediaan infrastruktur — meter position, DB board, pendawaian dalaman dan sistem pembumian perlu siap sepenuhnya.
  3. Penyediaan dokumen — mengikut jenis premis (kediaman atau perniagaan).
  4. Submit ke TNB & kelulusan — pemeriksaan dijalankan untuk pastikan pematuhan keperluan teknikal.
  5. Pemasangan meter — TNB pasang meter dan bekalan diaktifkan.

Dokumen Diperlukan

Kediaman / IndividuPerniagaan / Syarikat
Salinan KP pemohonSSM / Borang 9 / Borang D
Geran tanah / S&P / sewa milik (distamp)Salinan KP pengarah urusan
Salinan KP pemilik (jika beza dari pemohon)Salinan hak milik premis
Emel & nombor telefonEmel & nombor telefon
Bill jiran terdekat (jika diperlukan)Bill jiran terdekat

5 Kesilapan Yang Sering Sebabkan Kelewatan

⚠️ Elak Perkara Ini

  • Mohon terlalu awal sebelum kerja elektrik siap
  • Dokumen tidak lengkap
  • DB board belum siap dipasang
  • Meter position tidak sesuai dengan keperluan teknikal
  • Pendawaian dalaman belum lengkap

Berapa Lama Proses?

Kebiasaannya 7–14 hari bekerja dari tarikh submit. Sesetengah kawasan boleh siap dalam 1–3 hari, bergantung kawasan dan beban kerja TNB semasa itu. Premis yang siap sepenuhnya sebelum permohonan biasanya ada proses lebih lancar berbanding yang masih dalam pembinaan.

💡 Rumah Baru Dari Pemaju?

Semak dulu dengan pemaju — ada kemungkinan sebahagian caj sudah diuruskan. Elak bayar dua kali. Kontraktor berdaftar boleh bantu semak status sebenar.

Nak mohon meter TNB baru untuk rumah atau kedai anda? Kami uruskan dari pemeriksaan tapak hingga meter diaktifkan — Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya & Cyberjaya.

Soalan Lazim

Rumah perlu siap berapa peratus sebelum boleh mohon meter baru? +
Premis perlu siap sekurang-kurangnya 80%, dengan wiring DB, papan meter dan D-hook sudah dipasang, sebelum permohonan boleh diteruskan.
Berapa lama proses meter TNB masuk baru? +
Kebiasaannya 7–14 hari bekerja dari tarikh submit permohonan. Sesetengah kawasan boleh siap dalam 1–3 hari, bergantung pada kawasan dan beban kerja TNB semasa itu.
Tiada geran tanah, boleh mohon meter baru? +
Ada alternatif — S&P yang distamp LHDN, perjanjian sewa, atau dokumen pemilikan lain. Hubungi kontraktor berdaftar untuk semak dokumen yang sesuai dengan situasi anda.

Nak Mohon Meter TNB Baru?

WhatsApp kami — harga telus, tiada hidden cost.

💬