UtamaServis
Servis Kami

3 Servis Utama Berkaitan Meter TNB

Dari upgrade meter untuk solar & EV, permohonan meter baru, hingga bekalan sementara tapak projek — kami urus permohonan TNB dari A hingga Z di Selangor & Kuala Lumpur.

Kerja upgrade DB board 3 fasa di rumah kediaman Selangor — Anaqi Ventures Servis Utama #1
Upgrade Meter TNB

Upgrade Meter 1 Fasa → 3 Fasa

Meter TNB 1 fasa yang ada di kebanyakan rumah dan premis kecil mempunyai had kapasiti. Kami urus permohonan naik taraf ke 3 fasa dengan TNB dari A hingga Z — langkah wajib sebelum pasang solar ATAP melebihi 5kW atau EV charger 22kW.

Untuk Siapa?

  • Rumah/premis yang nak pasang solar ATAP atau EV charger pantas
  • Premis perniagaan perlukan bekalan lebih stabil
  • Beban elektrik tinggi (aircond berbilang, MCB kerap trip)

Snapshot Keperluan

  • Papan meter & DB board mesti sesuai 3 fasa sebelum submit
  • Kad pengenalan / SSM & bil elektrik semasa
  • Caj sambungan TNB rasmi: RM750–RM2,700
  • Tempoh: 1–3 minggu dari submit hingga meter dipasang
Permohonan meter baharu untuk banglo rumah baru — Anaqi Ventures Newly Build
Permohonan Meter TNB

Meter TNB Masuk Baru

Rumah atau premis siap dibina tak bermakna elektrik automatik tersedia. Kami uruskan permohonan meter TNB baharu untuk premis yang belum pernah ada bekalan elektrik — dari pemeriksaan tapak hingga meter diaktifkan.

Untuk Siapa?

  • Rumah baharu siap dibina — teres, semi-D, banglo
  • Lot kedai baharu yang belum mula operasi
  • Mana-mana bangunan yang tidak pernah ada meter aktif

Snapshot Keperluan

  • Premis perlu siap sekurang-kurangnya 80%
  • Wiring DB, papan meter & D-hook sudah dipasang
  • Geran tanah / S&P / sewa milik (distamp) & KP pemohon
  • Tempoh: 7–14 hari bekerja, ada kawasan 1–3 hari
Pemasangan box meter sementara di tapak projek, Bangi Selangor Temporary
Temporary Supply

Bekalan Elektrik Sementara

Bekalan sementara untuk tapak pembinaan atau premis yang tidak bersifat kekal — bukan permohonan meter kediaman biasa. Sesuai untuk tapak projek yang perlukan kuasa kerja sebelum bangunan siap sepenuhnya.

Untuk Siapa?

  • Tapak pembinaan rumah, kedai atau bangunan baru
  • Projek pembangunan komersil masih dalam pembinaan

Snapshot Keperluan

  • Geran tanah / surat pajakan & kebenaran pemilik
  • Plan tapak projek (jika ada)
  • Tempoh mengikut kelulusan TNB, boleh dipanjangkan
Bukti Kerja

Lihat Projek Yang Telah Kami Siapkan

Contoh sebenar kerja upgrade meter 3 fasa, meter baru dan bekalan sementara di Selangor & Kuala Lumpur.

Lihat Portfolio Penuh →

Tak Pasti Servis Mana Yang Sesuai?

WhatsApp kami — ceritakan keperluan anda, kami tolong tentukan servis yang tepat.