Berapa Kos Upgrade Meter 3 Fasa di Malaysia?
Soalan paling kerap ditanya: "berapa kos upgrade 1 fasa ke 3 fasa?" Jawapan ringkas — bergantung pada keadaan premis anda. Ini faktor-faktor yang tentukan kos sebenar.
Setiap rumah atau premis berbeza. Ada yang cuma perlukan naik taraf meter dan bekalan, ada pula perlukan kerja tambahan seperti penggantian DB board, kabel baharu atau penambahbaikan sistem sedia ada. Tiada satu harga standard sesuai untuk semua premis — sebab itu lawatan tapak diperlukan sebelum sebarang sebutharga tepat boleh diberikan.
Caj Sambungan TNB Rasmi (Upgrade 3 Fasa)
Ini rujukan rasmi dari TNB Schedule 1 — Caj Sambungan bagi Pengguna Voltan Rendah. Angka ini caj sambungan TNB sahaja, bukan jumlah keseluruhan projek.
| Kategori TNB | Caj Sambungan TNB |
|---|---|
| 3 fasa domestik, talian atas, sehingga 37kW | RM 750 |
| 3 fasa domestik, kabel bawah tanah, sehingga 37kW | RM 1,700 |
| 3 fasa perniagaan, 11kW hingga 37kW | RM 1,700 |
| 3 fasa domestik & perniagaan, 38kW hingga 60kW | RM 2,700 |
Deposit, kerja onsite, papan meter, DB dan keperluan tambahan adalah berasingan daripada caj sambungan di atas.
7 Faktor Yang Pengaruhi Kos Keseluruhan
- Jenis premis — rumah teres biasanya lebih ringkas berbanding banglo yang ada laluan kabel lebih panjang.
- Keadaan sistem elektrik sedia ada — rumah lama mungkin perlukan pendawaian tambahan atau penggantian komponen usang.
- DB board — jika DB sedia ada dah tua, terlalu kecil atau tiada ruang tambahan, penggantian mungkin diperlukan.
- Laluan kabel & jarak sambungan — semakin jauh jarak dari tiang TNB ke premis, semakin besar kemungkinan kerja tambahan.
- Kabel bawah tanah vs atas tanah — kabel bawah tanah lebih kemas dari segi estetik tapi skop kerja lebih kompleks (lihat perbezaan caj dalam jadual di atas).
- Kapasiti tambah beban yang dipohon — semakin tinggi kapasiti diperlukan, semakin besar saiz kabel, DB dan perlindungan litar yang diperlukan.
- Keperluan tapak & utiliti tertentu — sesetengah lokasi ada keperluan tambahan bergantung keputusan TNB.
Kos Kerja Onsite Anaqi Ventures
Kos kerja onsite (DB board, wiring, pengujian, pengurusan permohonan) bergantung pada keadaan tapak dan tidak ditetapkan sebagai kadar tetap. Kami buat lawatan tapak percuma dan beri sebutharga bertulis sebelum kerja bermula — tiada hidden cost.
Elak Kesilapan Ini
Jangan komited dengan kontraktor yang beri "harga borong" tanpa lawatan tapak — kos sebenar sangat bergantung pada keadaan DB board dan laluan kabel premis anda. Sebutharga bertulis selepas site visit adalah standard yang betul.
Nak tahu sama ada rumah anda memang perlu upgrade dulu sebelum tanya kos? Baca Adakah Rumah Anda Bersedia Untuk Bekalan 3 Fasa.
Kami buat lawatan tapak percuma dan beri sebutharga bertulis tanpa komitmen — kontraktor elektrik — Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya & Cyberjaya.
Soalan Lazim
Nak Sebutharga Bertulis Untuk Premis Anda?
WhatsApp kami — respond dalam masa 1 jam.