Bila bercakap pasal solar, ramai fokus pada bilangan panel dan kos pemasangan. Satu komponen penting sering terlepas pandang — meter yang merekod aliran tenaga anda.
Tanpa meter yang betul dan proses utiliti yang lengkap, sistem solar anda tak dapat beroperasi macam yang dirancang — walaupun panel dah dipasang penuh di atas bumbung. Meter solar TNB memainkan peranan penting dalam memastikan bacaan tenaga direkodkan dengan tepat, dan ini secara langsung mempengaruhi berapa banyak anda boleh jimat dari bil elektrik.
Meter solar ialah meter yang digunakan untuk merekod aliran tenaga elektrik dua arah antara sistem solar anda dan grid TNB. Ia berbeza daripada meter elektrik biasa yang hanya ukur penggunaan dari grid sahaja.
| Jenis Meter | Fungsi |
|---|---|
| Meter Biasa | Rekod tenaga yang digunakan dari grid sahaja (satu arah) |
| Meter Solar | Rekod tenaga digunakan dari grid dan tenaga lebihan dihantar ke grid (dua arah) |
Bermula 1 Januari 2026, Program Solar ATAP menggantikan skim NEM terdahulu untuk pemilik rumah yang nak jual lebihan tenaga solar kepada TNB dan kurangkan bil elektrik. Kapasiti sistem yang boleh anda pasang bergantung pada jenis bekalan sedia ada — 5kW untuk 1 fasa, sehingga 15kW untuk 3 fasa.
Anaqi Ventures uruskan bahagian meter dan kapasiti bekalan TNB sahaja — termasuk upgrade ke 3 fasa jika sistem solar anda memerlukannya. Pemasangan panel, inverter dan permohonan Program Solar ATAP dengan TNB adalah kerja syarikat solar yang berasingan. Kami pastikan infrastruktur rumah anda bersedia dahulu sebelum panel naik ke bumbung.
Ramai hanya bandingkan jenama dan kapasiti panel tanpa semak keadaan sistem elektrik sedia ada. Panel cuma sebahagian — bukan keseluruhan — sistem solar. DB board, pendawaian dan jenis bekalan sama penting.
Rancang solar sekali gus dengan EV charger? Baca EV Charger Rumah: Adakah Bekalan Elektrik Anda Bersedia dan Adakah Rumah Anda Bersedia Untuk Bekalan 3 Fasa untuk perancangan menyeluruh — elak upgrade berulang kali.
Nak semak sama ada rumah anda perlu upgrade ke 3 fasa sebelum pasang solar? Kami buat penilaian percuma untuk bahagian meter & kapasiti bekalan — Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya & Cyberjaya.
WhatsApp kami — respond dalam masa 1 jam.