Syarat & Kelayakan
Untuk premis baru yang tidak pernah ada meter, permohonan wajib melalui kontraktor elektrik. Tidak boleh buat sendiri secara online.
⚡ Sediakan Ini Sebelum Mohon
- Premis perlu siap sekurang-kurangnya 80%
- Wiring DB dan papan meter sudah siap
- Cable dari papan meter ke DB dalaman
- D-hook sudah dipasang (untuk gantung cable servis TNB)
Prosedur Permohonan
- Hubungi Anaqi Ventures — WhatsApp kami untuk penjelasan awal dan semakan keperluan premis.
- Site Visit — Kami datang ke lokasi untuk nilai keadaan premis, papan meter, wiring dan keperluan sambungan.
- Sediakan Dokumen — Kami arahkan dokumen yang diperlukan mengikut jenis premis.
- Submit Permohonan ke TNB — Kami submit permohonan secara online melalui sistem TNB bagi pihak anda.
- TNB Proses & Keluarkan Kelulusan — TNB semak dan keluarkan notis kelulusan melalui emel.
- Bayar ke TNB — Bayar caj yang dinyatakan dalam invoice TNB terus kepada TNB. Caj kerja Anaqi Ventures akan dimaklumkan selepas semakan.
- TNB Pasang Meter — Pegawai TNB datang pasang meter. Kerja siap!
Dokumen Diperlukan
Kediaman / Pemohon Individu
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Geran tanah / sewa milik / S&P / perjanjian sewa (distamp LHDN)
- Salinan KP pemilik (jika pemohon bukan pemilik tanah)
- Emel & nombor telefon
- Bill jiran terdekat (jika diperlukan)
Perniagaan / Syarikat
- Salinan SSM / Borang 9 / Borang D, maklumat syarikat
- Salinan KP pengarah urusan
- Salinan hak milik premis
- Emel & nombor telefon
- Bill jiran terdekat
💡 Tips Dokumen
Dokumen boleh dikemukakan dalam format PDF atau imej yang jelas. Jika tiada geran tanah, ada dokumen alternatif yang boleh digunakan — hubungi kami untuk semak kes anda secara percuma.
Caj Sambungan TNB (Meter Baru)
Angka di bawah ialah rujukan rasmi Caj Sambungan TNB untuk pengguna voltan rendah. Jumlah sebenar untuk permohonan meter baru bergantung pada kategori premis, kaedah sambungan dan invoice TNB.
| Kategori TNB | Caj Sambungan TNB |
| 1 fasa domestik PPRT / kos rendah / perumahan awam | RM 250 |
| 1 fasa domestik, bangunan atas tanah / meter berkelompok | RM 450 |
| 1 fasa domestik, kabel bawah tanah | RM 1,700 |
| 1 fasa selain domestik, talian atas | RM 450 |
| 1 fasa selain domestik, kabel bawah tanah | RM 1,700 |
| 3 fasa domestik, bangunan atas tanah sehingga 37kW | RM 750 talian atas / RM 1,700 kabel bawah tanah |
| 3 fasa selain domestik, 11kW hingga 37kW | RM 1,700 |
Rujukan: TNB Schedule 1 — Caj Sambungan bagi Pengguna Voltan Rendah. Deposit, caj lain dan kos kerja Anaqi Ventures tidak dipaparkan sebagai kadar tetap; hubungi kami untuk semakan lengkap.
Tempoh: 7–14 hari bekerja kebiasaannya. Ada kawasan boleh siap 1–3 hari.
Soalan Lazim
Rumah baru dari pemaju — macam mana nak masuk meter? +
Semak dahulu dengan pemaju — ada kemungkinan sebahagian caj telah diuruskan oleh pemaju. Elak bayar dua kali. Hubungi kami untuk panduan.
Berapa lama proses dari submit hingga meter dipasang? +
Kebiasaannya 7–14 hari bekerja. Ada kawasan boleh siap dalam 1–3 hari. Bergantung pada kawasan dan beban kerja TNB. Kami follow-up dengan TNB bagi pihak anda.
Tiada geran tanah, boleh mohon meter? +
Ada alternatif — S&P yang distamp, perjanjian sewa LHDN, atau dokumen lain yang boleh dijadikan bukti pemilikan. Hubungi kami untuk semak kes anda secara percuma.
Siapa yang pasang meter — kontraktor atau TNB? +
TNB yang akan pasang meter. Kontraktor (Anaqi Ventures) hanya uruskan permohonan, dokumentasi dan follow-up dengan TNB bagi pihak anda.
🔗 Servis Berkaitan
Rumah dah siap dan bekalan sedia ada, tapi nak upgrade ke 3 fasa untuk solar/EV? Lihat Upgrade Meter 3 Fasa. Untuk tapak pembinaan yang belum siap, rujuk Bekalan Sementara dahulu.