UtamaServisBekalan Sementara
Temporary Supply

Bekalan Elektrik Sementara
— Tapak Projek & Pembinaan

Permohonan bekalan sementara untuk tapak pembinaan atau premis yang tidak bersifat kekal, seperti projek pembinaan. Bukan untuk meter kediaman biasa.

Apa Itu Bekalan Sementara?

Bekalan elektrik sementara (temporary supply) adalah bekalan elektrik untuk kegunaan sementara di tapak pembinaan atau premis yang tidak bersifat kekal, seperti projek pembinaan. Ia bukan permohonan meter kediaman biasa untuk rumah yang sudah siap diduduki.

Siapa yang Perlukan Bekalan Sementara?

  • Tapak pembinaan rumah, kedai atau bangunan baru
  • Tapak projek yang perlukan bekalan elektrik kerja
  • Premis sementara atau tidak kekal
  • Projek pembangunan komersil yang masih dalam pembinaan

Nota Penting

Jika rumah atau kedai sudah siap dan perlukan meter tetap, rujuk servis Meter TNB Masuk Baru, bukan bekalan sementara.

Prosedur Permohonan

  1. Hubungi Anaqi Ventures — Maklumkan lokasi tapak, tempoh bekalan diperlukan dan anggaran beban elektrik.
  2. Site Visit — Kami lawat tapak untuk nilai keperluan dan cadangkan saiz bekalan yang sesuai.
  3. Submit Permohonan ke TNB — Kami uruskan semua dokumen dan permohonan bekalan sementara bagi pihak anda.
  4. Pemasangan Box Meter Sementara — Setelah diluluskan, kami pasang box meter sementara di tapak.
  5. TNB Sambung Bekalan — TNB sambungkan bekalan elektrik ke meter sementara.
  6. Bekalan Aktif — Tapak projek anda mula mendapat bekalan elektrik.

Dokumen Diperlukan

💡 Penting — Selepas Projek Siap

Bekalan sementara mempunyai tempoh sah tertentu mengikut kelulusan TNB. Setelah projek siap, permohonan meter tetap (newly build) perlu dibuat berasingan. Anaqi Ventures boleh bantu kedua-dua permohonan — sementara dan tetap.

Soalan Lazim

Berapa lama bekalan sementara boleh digunakan? +
Tempoh bekalan sementara ditentukan oleh TNB mengikut kelulusan. Kebiasaannya diberikan untuk tempoh projek pembinaan. Boleh dipanjangkan dengan permohonan tambahan jika diperlukan.
Berapa kos bekalan sementara? +
Kos bergantung pada saiz beban, tempoh penggunaan dan jenis sambungan. Kami bagi sebutharga tepat selepas site visit — hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bekalan sementara sesuai untuk rumah kediaman biasa? +
Tidak. Bekalan sementara adalah untuk tapak pembinaan atau premis tidak kekal. Jika rumah sudah siap dan mahu meter tetap, permohonan yang sesuai ialah meter TNB masuk baru.

🔗 Servis Berkaitan

Projek dah siap dan perlukan meter tetap? Rujuk Meter TNB Masuk Baru. Premis sedia ada tapi nak upgrade untuk solar/EV? Lihat Upgrade Meter 3 Fasa.

Portfolio Projek

Projek Bekalan Sementara Yang Telah Kami Siapkan

Sebahagian projek bekalan elektrik sementara untuk tapak pembinaan yang telah kami laksanakan.

Pemasangan meter sementara atas tiang di tapak projek🏗️ Bekalan Sementara

Meter Sementara Atas Tiang — Tapak Projek

Box meter sementara atas tiang TNB🏗️ Bekalan Sementara

Box Meter Sementara — Tiang TNB

Box meter sementara 3 fasa siap dipasang atas tiang🏗️ Bekalan Sementara

Box Meter 3 Fasa — Siap Dipasang

Nak Bekalan Sementara untuk Tapak Projek?

Hubungi kami untuk sebutharga dan proses pantas.

💬